Khamis, 2 Disember 2010

Makan Bangkai

Hari itu aku dikejutkan dengan pertengkaran 2 orang budak. 2 kerusi yg aku susun rapat di angkat gara-gara tidak mahu duduk bersebelahan. terkedu aku dibuatnya, kalau bertumbuk susah juga jadinya. Aku renung dalam-dalam wajah kedua pelajar di hadapan ku, dua-dua kukenali sebagai pelajar yang baik.

"kenapa ni A" ku sapa dengan lembut, "dia 2 cikgu cakap saya makan bangkai!" A mengadu x puas hati. "Cuba citer kat saya pelan-pelan apa yang dah jadi" ujar ku meminta penjelasan. "macam ni cikgu, tadi rehat saya makan mee, saya bagi separuh kat bekal nasi dia buat lauk, dia buang mee saya dia kata ada bangkai mee 2, saya marah lah" jelas A. "Memang cikgu, C bagi tau saya mee kat kantin 2 ada bangkai, sapa yang x geli,x nak saya makan bangkai" tambah B pula. " Ye ke...tadi pun saya makan mee jugak, rasanye ok aje" aku pun makan mee jugak siap 'tapau' lagi sebab x sempat nak makan ada kerja yg nak disiapkan, macam rasa loya pulak jadinya.

"Erm, cikgu pun kata ok, engkau aje yg mandai-mandai bawak citer" rungut A lagi."beeetul.... sejak aku tau minggu lepas, aku dah x makan mee kat kantin lagi,aku beli mee tempat lain, C x tipu, memang C cakap dengan aku mee tu ada bangkai, dia jumpa ari tu" Setahu aku C memang budak baik, bijak dan kreatif.

"Engkau jangan buat fitnah ya, tadi C pun beli mee sup, aku nampak dia makan dengan D, dia mulut jahat cikgu, saya x hingin lagi nak kawan dengan dia" A merajuk betul bunyinya, mereka berdua kawan rapat. "Memang la mee sup dia makan, kan ko tau dia suka makan kaki ayam, yang ko makan tu mee goreng, tu yg ada bangkai!, Ko x caya kita panggil C, boleh cikgu?" B menguatkan hujjah.

Macam ada sesuatu aje, aku tergelak kecil spontan terfikir sesuatu. "napa cikgu?" serentak mereka berdua menyoal saya. "Ok, ok A panggil C kejap" pinta ku pada A. Bila C datang aku mula membuat soal siasat, A dan B ku beri tugasan untuk di lakukan diluar. Sekali lagi aku tergelak besar bila mendengar citer C. A dan B menyerbu masuk ke bilik ku.

Rupanya betul telahan ku, memang pun dalam mee ada bangkai, bangkai bilis!. selalunya C x jumpa bilis sebab dah di blender halus, ari 2 dah tinggal sikit mee goreng dimakan C jumpa bilis dan buat lawak kat kengkawan termasuklah A. Hai kesian kawan 2, x pasal2 gaduh, sayang B buang mee 2 kerana salah faham. "selalu kita makan bangkai ape cikgu, ikan mana kita sembelih" A dan B tersenyum simpul. "Kan dah kena" ujar ku lagi, " tahi pun boleh di makan, kan C" aku menambah " 2 tahi minyak cikgu, sedap". B menyampuk lalu mereka bertiga meminta izin umtuk masuk ke kelas.